Meletakkan Gambar Dalam Post Blogger



Meletakkan gambar di dalam entri adalah sangat penting. Kalau post korang, sudahlah panjang dan tidak diselitkan dengan gambar, ia akan membuatkan pembaca bosan. Gambar merupakan satu medium yang sangat berkesan untuk menarik perhatian pembaca blog korang untuk membaca entri.
Memang tidak dapat dinafikan bahawa otak manusia ni lebih mudah untuk membaca gambar, bak kata pepatah English "Picture Worth A Thousand Words". Dan saya pasti, ramai pembaca blog akan melihat gambar entri dahulu sebelum membaca post. Jadi korang jangan lupa letak gambar di setiap post korang, biarlah walaupun sekeping.

OK. Untuk menambah gambar kepada post korang, sila ikut tutorial ini.


1. Seperti biasa, korang kena Login ke blogger.
2. Klik pada "New post"

Tutorial Cara meletakkan gambar            dalam post

3. Di sini saya akan tunjukkan 2 cara untuk upload gambar ke dalam post korang.

meletakkan gambar dalam post

Cara Pertama
  • Korang select Compose dan klik image yang dibulatkan di atas. 
  • Gambar di bawah akan keluar.
  • Seterusnya klik "Choose files" untuk pilih gambar yang korang nak upload. Bilah dah pilih, korang just tekan Upload.
  • Kelebihan upload gambar menggunakan cara pertama ni, korang boleh select banyak-banyak gambar sekaligus untuk di upload
cara meletakkan gambar dalam post            blogger

Cara Kedua
  • Korang Select HTML dan klik image yang sama macam cara pertama tadi. 
  • Gambar di bawah ni pula yang akan pop out.
  • kelebihan untuk upload gambar melalui HTML ni, korang boleh terus memilih lokasi untuk letak gambar tu, sama ada sebelah kiri, kanan ataupun bahagian atas. Jumlah gambar yang boleh di upload dalam satu masa ialah 5.

cara untuk letak gambar dalam            post


4. Korang kena tunggu gambar tu diupload sepenuhnya. Bila dah siap upload korang dah boleh tetak gambar tu dalam post korang. Tekan jer add selected. Done

cara add picture dalam blogger

Nota : Semakin banyak/besar sais gambar yang korang letak, semakin lambat blog korang loading.


Good luck ^^ dan selamat mencuba.. Senyum :D



Facebook Scheduled Posts


 Hari ni nak kongsi pasal ilmu baru tentang media sosial yang terkenal tu.. Alaa.. Facebook tu. Takkan tak tahu kot. Hehehe. Tak tahu la kalau korang dah tahu tapi yang pasti, BalQis baru tahu sejak baca satu EBOOK jana wang melalui says. Dalam Ebook tu tertulis tentang schedule post pada fanpage sahaja, mungkin sebab Ebook ni dah lama buat but now, kat personal facebook pun dah boleh :D


Fungsi Scheduled Posts ni boleh guna pada personal facebook dan facebook fanpage. ok. sila berterima kasih kepada team facebook ye. Tq Mark. :P 
Benda ni sangat berguna apabila
  • kita sibuk dengan perkara lain tapi masih mahu mengupdate facebook
  • kita sibuk tapi masih mahu berkongsi link entry pada blog kita
  • kita tidak boleh online buat sesuatu masa tapi masih mahu mengupdate facebook
  • kita tak mahu terlupa untuk kongsikan sesuatu yang kita nak kongsikan pada masa tertentu
  • kita mahu share iklan tapi tak nak bagi pembaca boring bila diupdate sekali gus
yang kotak merah paling kiri ada gambar jam tu fungsi Schedule and kotak merah belah kanan tu berfungsi to make the status looks more interesting,  tu korang boleh include dalam status kamu. ikut mood korang la.
first time korang guna Scheduled Post button, dia akan tanya bila korang start guna facebook. kalau korang dah lupa korang click BORN yang ada kat sebelah kanan profile facebook korang tu. 
lepas yang kali pertama tu, dia tak tanya dah benda tu. yang dia tanya 
  • YEAR
  • MONTH
  • DAYHOUR
  • MINUTE
korang pilih la tetapan masa yang macam korang nak then click POST. then you are done. scheduled posts ni boleh dilihat and diedit dengan click pada ACTIVITY LOG. try it!!! :D


Pos Laju kenapa tak laju?


Pos Laju kenapa tak laju?
Hari ni habis masa 2 jam lebih di pejabat Pos Laju. Ada barang yang mahu di pos kepada customer. Mula-mula ke Pejabat Pos Laju di Wakaf Che Yeh, katanya tiada sebarang urusan boleh dibuat. Peliknya, pejabat posnya bukak! Malas nak tanya lebih, terus ke pejabat pos laju di Kubang Kerian.

Orangnya - sungguh ramai!

Jadi, tunggu punya tunggu giliran, sejam lebih menunggu akhirnya berjaya jugak satelkan urusan aku. Urusan nak pos laju saja, bukannya urusan lain pun


Pos Laju kenapa tidak laju?

Kalau untuk penghantaran barang, memang aku sukakan perkhidmatan Pos Laju. Hantar hari ni, memang esok sampai ke tangan customer. Tapi kena hantar sebelum pukul 3.30 petang lah. Eh, dah tu kenapa kata pos laju tak laju? Tak laju tu semasa kat pejabat pos laju!



Bukan salahkan orang yang jaga kaunter, memang dieorang efisyen la kerja. Bukan jugak salahkan jumlah kaunter yang tak banyak sebab memang ada 6 kaunter tu dah memadai. Habis tu kat mana salahnya?

Urusan berlaku terlalu banyak di Pos Laju!

Sekarang ni kalau korang perasan, memang sangat banyak urusan yang boleh dibuat di Pejabat Pos Laju. Tabung Haji lah, ASB nya lah, insuran kereta, bayar bil, perbaharui lesen, urusan JPJ dan tadi terkejut aku tengok - boleh beli top up!

Macam tadi, memang separuh urusan melibatkan pengeposan barang dan separuh lagi urusan lain. Jadi, sepatutnya masa menunggu satu jam, dia jadi 2 jam! Aku bukannya nak komplen tak elok banyak urusan yang boleh dilakukan tu, tapi macam tak kenalah identiti pejabat Pos Laju (untuk pos barang) sekarang ni dah bertukar jadi benda lain.

Beli top up? hey kamon lah biarlah kedai top up yang buat!

Ibaratnya macam ni lah, cool blog yang jual nasi. Macam mana? Orang pergi cool blog untuk beli air, tapi sebab ada jual nasi dan ada pembeli yang mahu beli nasi, orang yang nak beli air tadi terpaksa menunggu orang nak beli nasi tu satelkan urusan dia. Kan bagus kalau beli nasi - belilah ke kedai nasi. Cool blog yang jual nasi ni contoh je ya, tak terbuat lagi pun. hehe

Aku harap lah kan, lepas ni Pos Laju boleh kembali fokus kepada urusan pengeposan barang ajelah. Tip top kot perkhidmatan dia. Tapi bila bab menunggu, hadus sakit hati dan bazir masa jadinya. Kita ni pulak, bayar bil tu pakailah online jimat masa dan wang, urusan JPJ pergilah JPJ, ASB pergilah bank, bukan ke mudah macam tu

just my 2 cent.....



pakej fotografi perkahwinan 2014

Menawarkan pakej photography dengan harga yang rendah untuk:
Portrait, Family Portrait, Product, Convocation, Pre/Post Wedding Photoshoot, Perkahwinan, Pertunangan, Aqiqah, Corporate Event, Press Conference, Golf tournament, Corporate functions, Public Event, Sports Event, Fashion Show, Annual dinner, Birthday party, dan lain-lain


Jika berminat, terus hubungi untuk pertanyaan atau booking.
 

Contact:
Aurorafotografi
Mobile: 0173686349
Email: aurorafotografi@hotmail.com

Website: http://aurorafotografi.blogspot.com/
Facebook: www.facebook.com/aurorafotografi - See more at: http://mercunular.blogspot.com/2013/11/pakej-perkahwinan-2014.html#sthash.HeUdbKtu.dpuf
 
 
Menawarkan pakej photography dengan harga yang rendah untuk:
Portrait, Family Portrait, Product, Convocation, Pre/Post Wedding Photoshoot, Perkahwinan, Pertunangan, Aqiqah, Corporate Event, Press Conference, Golf tournament, Corporate functions, Public Event, Sports Event, Fashion Show, Annual dinner, Birthday party, dan lain-lain

Jika berminat, terus hubungi untuk pertanyaan atau booking.

Contact:
Aurorafotografi
Mobile: 0173686349
Email: aurorafotografi@hotmail.com
Website: http://aurorafotografi.blogspot.com/
Facebook: www.facebook.com/aurorafotografi 
Menawarkan pakej photography dengan harga yang rendah untuk:
Portrait, Family Portrait, Product, Convocation, Pre/Post Wedding Photoshoot, Perkahwinan, Pertunangan, Aqiqah, Corporate Event, Press Conference, Golf tournament, Corporate functions, Public Event, Sports Event, Fashion Show, Annual dinner, Birthday party, dan lain-lain


Jika berminat, terus hubungi untuk pertanyaan atau booking.
 

Contact:
Aurorafotografi
Mobile: 0173686349
Email: aurorafotografi@hotmail.com

Website: http://aurorafotografi.blogspot.com/
Facebook: www.facebook.com/aurorafotografi - See more at: http://mercunular.blogspot.com/2013/11/pakej-perkahwinan-2014.html#sthash.HeUdbKtu.dpuf
Menawarkan pakej photography dengan harga yang rendah untuk:
Portrait, Family Portrait, Product, Convocation, Pre/Post Wedding Photoshoot, Perkahwinan, Pertunangan, Aqiqah, Corporate Event, Press Conference, Golf tournament, Corporate functions, Public Event, Sports Event, Fashion Show, Annual dinner, Birthday party, dan lain-lain


Jika berminat, terus hubungi untuk pertanyaan atau booking.
 

Contact:
Aurorafotografi
Mobile: 0173686349
Email: aurorafotografi@hotmail.com

Website: http://aurorafotografi.blogspot.com/
Facebook: www.facebook.com/aurorafotografi - See more at: http://mercunular.blogspot.com/2013/11/pakej-perkahwinan-2014.html#sthash.HeUdbKtu.dpuf
Menawarkan pakej photography dengan harga yang rendah untuk:
Portrait, Family Portrait, Product, Convocation, Pre/Post Wedding Photoshoot, Perkahwinan, Pertunangan, Aqiqah, Corporate Event, Press Conference, Golf tournament, Corporate functions, Public Event, Sports Event, Fashion Show, Annual dinner, Birthday party, dan lain-lain


Jika berminat, terus hubungi untuk pertanyaan atau booking.
 

Contact:
Aurorafotografi
Mobile: 0173686349
Email: aurorafotografi@hotmail.com

Website: http://aurorafotografi.blogspot.com/
Facebook: www.facebook.com/aurorafotografi - See more at: http://mercunular.blogspot.com/2013/11/pakej-perkahwinan-2014.html#sthash.HeUdbKtu.dpuf
Menawarkan pakej photography dengan harga yang rendah untuk:
Portrait, Family Portrait, Product, Convocation, Pre/Post Wedding Photoshoot, Perkahwinan, Pertunangan, Aqiqah, Corporate Event, Press Conference, Golf tournament, Corporate functions, Public Event, Sports Event, Fashion Show, Annual dinner, Birthday party, dan lain-lain


Jika berminat, terus hubungi untuk pertanyaan atau booking.
 

Contact:
Aurorafotografi
Mobile: 0173686349
Email: aurorafotografi@hotmail.com

Website: http://aurorafotografi.blogspot.com/
Facebook: www.facebook.com/aurorafotografi - See more at: http://mercunular.blogspot.com/2013/11/pakej-perkahwinan-2014.html#sthash.HeUdbKtu.dpuf
Menawarkan pakej photography dengan harga yang rendah untuk:
Portrait, Family Portrait, Product, Convocation, Pre/Post Wedding Photoshoot, Perkahwinan, Pertunangan, Aqiqah, Corporate Event, Press Conference, Golf tournament, Corporate functions, Public Event, Sports Event, Fashion Show, Annual dinner, Birthday party, dan lain-lain


Jika berminat, terus hubungi untuk pertanyaan atau booking.
 

Contact:
Aurorafotografi
Mobile: 0173686349
Email: aurorafotografi@hotmail.com

Website: http://aurorafotografi.blogspot.com/
Facebook: www.facebook.com/aurorafotografi - See more at: http://mercunular.blogspot.com/2013/11/pakej-perkahwinan-2014.html#sthash.HeUdbKtu.dpuf

Tips Supaya Majlis Kenduri Kahwin Anda Tidak Suck!



Tips Supaya Majlis Kenduri Kahwin Anda Tidak Suck!
Assalamualaikum


Hellow gadis-gadis dan jejaka yang bakal membina mahligai impian serta masjid sekalian. Whats up?


Sebenarnya, ada dua sebab je kenapa orang datang ke kenduri kahwin ada.
1. Dia lapar!
2. Anda kawan atau ada petalian dengan dia dan keluarga dia!

But seriously, siapa tak suka makan ye tak? Dan untuk pengetahuan anda, makanan yang disajikan amat-amat penting bagi tetamu yang datang terutama tetamu lelaki. (Well of course la lelaki datang nak makan. Perempuan datang nak tengok pengantin pastu feeling-feeling kekonon dia yang kahwin). But isu makanan boleh jadi isu besar kalau korang pandang rendah. Why? Cuba korang fikir

"Agak-agak kalau majlis kahwin korang tak ada makan-makan, ada tetamu yang nak datang tak?"
Thats why la makanan yang disajikan untuk majlis kahwin itu penting. And now, let me tell you what I hate most yang berada dalam kenduri perkahwinan.


Ayam (or kambing) golek / percik / panggang yang di masak secara live.


Kita semua tahu ayam atau kambing atau apa-apa la masakan yang dimasak secara live adalah amat awesome rasanya. Sedap, memukau dan terbaik. But please! Please jangan jadikan makanan ni sebagai sajian utama or main course. Why? Sebab Dalam 1 minit, ada hampir sepuluh tetamu yang datang mahu makan. And for most of the time (Based on my experience), semuanya jadi chaos. Ayam golek tak cukup. Kambing percik tunggu que untuk masak. Daging panggang tengah dicucuk untuk dimasak. Why? Sebab ianya sedap and masing-masing nak ambil dengan kuantiti yang banyak. Akibatnya, ramai yang makan hanya dengan nasi kosong.

Adik aku pernah pernah pergi kenduri dan makan nasi putih bersama acar dan kuah kari je. Sebab ayam golek still tengah bergolek atas arang. Dan ramai yang datang kenduri tu tanpa makan sebab lauk utama masih atas pemanggang.

Tak ada masalah sebenarnya kalau anda nak sajikan Ayam Panggang or Ayam Golek but please la masak 1 or dua jam lebih awal. Kalau nak masak secara live pun, at lease jangan la satu post/booth pemanggang je. Seriously, setakat ni mana-mana kenduri perkahwinan yang ada ayam golek, mesti masak secara live dengan hanya satu booth je. Confirm-confirm ramai beratur tunggu ayam dimasak. Dah la masak pakai bara arang. Lama gila kot nak masak.



Katering


Bagi pasangan yang mampu menyumbangkan RM20,000 kepada katering, please ya cari katering yang bagi good servis. Jangan la cari katering yang hanya pandang duit. Aku pernah ikut ayah aku berurusan dengan pihak katering. Dari 3 katering, hanya 1 je yang memuaskan. Lagi dua tu, dia punya servis macam apa entah. Makanan dikira satu kepala dibayar Rm15, tapi yang disajikan adalah seciput nasi, sesudu sayur dan seketul ayam. Ayam tu gila la kecik. Logik tak?.

Dan korang kena ingat. Katering ni kadang-kadang suka buat perangai lampi (slow). Contohnya, kita kata "Saya nak order ayam  untuk 100 orang makan ya? Dengan harga RM500" Then esoknya, bila majlis dah start, tengok-tengok ada 100 ketul ayam je. Agak-agak korang, dalam majlis ada ke orang ambil ayam seketul sorang? And tak akan la 100 ketul ayam tu sampai harga RM500 ringgit? Tak logik kan?

Pastu kalau kita marah kat dia, dia sure buat muka tak bersalah dan marah kita balik sambil kata "Laa, siapa suruh tak pesan betul-betul. Lain kali cakap la clear-clear." Ini pernah berlaku. Bukan cerita main-main tau. Kalau katering yang servis bagus, dia akan buat lebih. Kalau untuk 100 orang makan, dia sure akan buat 200 ketul ayam. Baru la kena dengan harga RM500.

P/s: Kalau order katering, boleh tak masak based on bilangan ayam? I mean, masak guna 100 ekor ayam instead of 1000 kepala. Kan lagi senang untuk bajet kan?


Masak jangan terlampau awal.
This case, tak kisah lah katering or masak sendiri bersama sanak sudara dan jiran tetangga. Tapi, apa yang aku perasan, most of us masak lauk utama terlampau awal. Sampaikan, ada masak ayam goreng dua or tiga hari dari tarikh kenduri kahwin. First of all, yes rasa ayam yang dah lama stored dalam peti sejuk tu boleh ditutup dengan rasa sambal bila dicampur dengan sambal pedas. But anda kena ingat, bila buat macam ni, ada chance makanan tu dah terdedah oleh bakteria.

Ayah aku bekerja under Kesihatan Makanan. Biasanya, kalau sultan or PM buat majlis makan-makan, ayah aku akan buat guide dan check makanan tu. Dan untuk pengetahuan anda, makanan secara peraturannya hanya sesuai dimakan kalau makanan tu tak lebih dari 3-4 jam selepas ianya siap dimasak.

Sebagai contoh untuk SUKMA yang lalu, ayah aku juga handle bahagian makanan. Andai kata makanan dimasak pada pukul 12 tengah hari, tepat pada pukul 3 petang semua makanan tu akan dibuang. Why? Sebab ada chance untuk makanan itu tercemar. Tu baru 3 jam. Tapi anda siap simpan lebih dari 24 jam lagi untuk majlis kahwin kan? Now you guys know kenapa selepas balik dari kenduri kahwin, perut korang akan menonjolkan tanda-tanya cherry berry.

Korang nak ke perkahwinan korang diingat dengan ayat "Majlis buat orang cirit birit?"

DJ / Lagu mengarut


First of all, I hate DJs dan lagu-lagu yang dimainkan ketika majlis perkahwinan. Tahap I hate it sama dengan tahap aku tak suka buka blog yang ada lagu yang dimainkan secara automatik. Why? Sebab ianya freaking annoying. Dah la pasang lagu pelik-pelik, kuat-kuat pula tu. Lagu pulak tak kena dengan suasana. And then, tu okay lagi. Ni, ada tu yang DJ murahan yang entah dari mana bercakap-cakap pastu gelak. Cakap-cakap pastu gelak. Nak kata lawaknya tidak. Tapi dia yang ketawa lebih. Orang lain tak ketawa pun. Tu okay lagi, ada pulak tu kareoke. Aduh, yang aku lemah. Malas dah aku nak explain. Korang fikir la sendiri.

Dewan VS Kanopi di tengah padang yang panas. 
Kalau anda buat majlis perkahwinan raja sehari anda di dewan, please. Please please please dan please lah pastikan aircond tu SUPER SEJUK. Why? Sebab pintu akan sentiasa terbuka dan suasana akan sentiasa crowded. Itu menyebabkan udara di dalam dewan terdeiri daripada udara yang panas dan udara sejuk dari aircond dari tadi dah bergerak ke luar. So, apa yang tinggal? Peluh, suasana hangat dan bau masam. You gonna love this?

Korang tentu tak nak majlis kahwin korang rasa tak best sebab korang tak tenang fikirkan tetamu yang kepanasan kan? Lagi tak best kalau fikirkan pasal tetamu yang cakap belakang kan? So, kalau korang tak mampu cari aircond yang betul-betul sejuk, please, please sediakan kipas. Aircond + kipas is always the best.

Balik-balik lauk sama di setiap kenduri kahwin.


Majlis kahwin yang menyajikan lauk paling best yang pernah aku pergi adalah majlis orang kampung aku. Dia sediakan Ikan Patin Masak Tempoyak Original Tanpa Rasa Lumour sebagai main course. Kuantity? Banyak gila. Memang heaven gila aku time tu. Lagi pun, mana nak cari kenduri kahwin sajikan Ikan Patin pada tetamu dengan kuantiti yang banyak? Balik-balik lauk gulai daging, ayam masak merah dengan acar. Bosan weh. Serious bosan makan lauk macam tu. Kalau sehari ada 3 undangan majlis perkahwinan, tiga-tiga sajikan lauk yang sama, perh. Nak makan pun tak ada selera. Kan?

Lebih better masak ayam goreng kunyit + ikan masak merah / kicap dari masak yang entah apa-apa yang terlampau common. Honestly, ramai orang disekitar aku lebih prefer ayam dan ikan dari daging. I myself, I tak suka makan daging gulai. Dan I prefer ikan-masak-something dari ayam masak merah. Serious.

So, kalau korang tanya aku, apa menu yang paling best? Aku akan jawab - Ayam masak kicap, Ikan tenggiri / aye (goreng) masak pedas, acar dan beberapa lauk sampingan beserta nasi putih yang tidak keras. Seriously, nasi minyak so boring already. Plus, nasi minyak di kenduri kahwin never a real nasi minyak anyway. And nothing can beat nasi berlauk untuk makan tengah hari.

Ais Krim Kon Sebesar Tapak Tangan
Kalau korang buat majlis kenduri ni kat tengah padang dan pada masa tu adalah musim panas, please la sewa penjual aiskrim kon. Kat Kuantan banyak gila buat macam ni. Pak cik tu disewa untuk bagi korang ais krim kon yang kecik. Serious kecik. Saiz ais krim tu dalam saiz tapak tangan aku je. Memang kecik gila tapi berbaloi untuk hilangkan panas.

Kosnya tak mahal. Dan biasanya, satu tank yang atas motor tu memang cukup untuk satu majlis kahwin yang berlansung selama 4 jam. Plus, aiskrim sentiasa menjadi pencuci mulut yang best kan? Lagi best dari bubur kacang panas di waktu tengah hari.


**********************

Aku tak nak komen pasal over make up pengantin perempuan yang umpama dibaling tepung kat muka. Itu urusan dia dan suami dia. Tapi, suami dia mesti kecewa. I feel you bro. :(

P/s : Aku dah tolong kasi tips kenduri ni. Moga-moga dapat berkat pengantin. Eh.

Korang pula, korang ada tips untuk dishare? Apa yang korang paling tak suka setiap kali pergi kenduri kahwin?


Jangan kahwin dengan orang jauh?


Jangan kahwin dengan orang jauh?
(Tip bagaimana membuatkan memandu jauh ke rumah mertua rasa sekejap, caya jangan tak cayer!)

Lepas Raya, ramai kenalan yang mengadu jalam sesak ketika balik kampung, perjalanan dari perlis ke terengganu yang biasanya 7 jam katanya, dah cecah 10 jam. Selain masalah penat memandu dan kemalangan nyawa yang berlaku kerana rumah mertua sangat jauh. Bagaimana nak atasi masalah ini? Turunkan harga kereta? Naik taraf pengangkutan awam? Tukar kerajaan? Atau yang lebih realistik:

"Jangan kahwin dengan orang jauh"

Ya, Nasihat ini aku tujukan kepada orang yang belum berkahwin, tidak payahlah cari pasangan jauh-jauh, selain masalah balik beraya, masalah nak bagi komitment pada orang tua pun payah, katakan anda kena balik kampung dua minggu sekali, jarak pula dari perlis sampailah ke sabah, atau dari Perlis ke Mersing, tidak kah letih?, tidak kah mujahadah?, tak kah merbahaya?

Jadi kepada semua orang bujang, Jangan tuduh  aku tak pernah pesan, yang belum berkahwin, fikir fikirkan lah masalah ini.

Aku tahu masa bercinta semuanya indah..

"Adanya engkau di sisiku, hilanglah jarak dan waktu. " 

Wah, wah wah! Asyiknya bercinta, sampai lupa segala-galanya..

Bila bersama yang tersayang, lamapun rasa sekejap. Jauhpun rasa dekat. Busuk kentut pun tiba tiba menjadi wangi. Jenis yang tidur ketika matahari terbit sudah pandai merenung fajar sidik. Malas menjadi rajin, rajin menjadi selera, selera menjadi gemuk, dan gemuk menjadi diri sendiri.

Bila berjauh terseksa merindu, sesaat bagai setahun kononnya. Wah wah wah, meriahnya bercinta..

Semua lirik lagu cinta di hafal tanpa rehal.Tiba tiba Shahrukh khan menjadi mentor, Irama bolywood menjadi soundtrack. sudah minat colour pink, dan Teddy Bear. Sudah tahu maksud tersirat di sebalik warna bunga kononnya. Sudah pandai mengaplikasikan sabun dan bedak.

Waktu bercinta korang minum dalam mangkuk yang sama, jumpa tidak bercakap apa-apapun tak ape, tak boring., enjoy the silence! Kalau tak jumpa, dapat tengok bumbung rumah pun jadi.Secara tiba-tiba perbelanjaan demi cinta menjadi murni dan mulia. Novel cinta tebal menjadi bantal. Masa depan seolah olah cerah membara lantas sama sama berazam mahu sehidup semati, sebantal sekapan, mahu sama-sama minum air hujan, Sama-sama baham tanah. Itu prinsip korang bersama..

Segala jenis pakaiannya menjadi perhatian korang, Pandangan sisi, depan dan atas (dan dalam) menjadi perpekstif yang mengujakan lalu Mengukir nama dikayu kayu dan memahat dibatu batu,.

Tapi bila sudah kahwin, waktu memandu, mata pula semakin mengantuk, hari raya pertama di rumah mertua, mahu balik baraya di rumah sendiri petang itu juga kena tempuh perjalanan 10 jam, masa dan duit akan habis di jalanan, sedang peluang untuk kemalangan semakin tinggi. Salah pasangan makin menjadi menjadi-jadi (masukkan segala yang negatif selepas kahwin di sini)

Maka sebelum semua ini berlaku, kahwinlah dengan orang yang dekat, tak adalah dekat sangat, kalau jauh pun setakat 2 ke 3 jam sudah sampai, tak letih sangat, boleh solat jamak dan jimat masa boleh pulak buat jimak. He he

Aku nasihat sahaja tapi jodoh tetap Allah yang tentukan, juga berpesan kepada anak-anak aku, jangan cari menantu ayah orang jauh-jauh, kalau anda cari besan dengan orang pendalaman borneo misalnya, tidak kah kasihan kepada ayah dan bonda kelak bila terpaksa naik kapal terbang tiket sehala pergi ke sabah, selepas menapak jauh ke pedalaman borneo, kemudian naik bot menyusuri sungai dalam hutan, merentas desa di kaki gunung kinabalu, dalam jauh perjalanan, sempat pula berkenalan dengan orang utan dan sempat juga memetik bunga reflesia yang dipagari periuk kera, baru sampai ke rumah besan.., lepas tu terpaksa guna bahasa isyarat sebab ayah tak pandai loghat tempatan!, lepas tu.. lepas tu ! oh! Tak sanggup ayah nak gambarkan pengalaman disakat orang utan dan di sumpit oleh tok batin kerana buat lawak mayat disana..oh!

Maka kahwinlah dengan orang dekat, paling jauhpun 2 marhalah, demi kebahagian di hari mendatang.Tapi jika sudah jodoh kamu dengan orang jauh, orang afrika, ayah redhakan sahajalah.

"Tapi kan bang, bukakah Nabi ada pesan suruh kahwin dengan orang jauh?"
Tanya bini dalam kereta, lalu jawab aku yang sedang memandu:

"Untuk bini pertama, elok kahwin orang dekat, bini kedua dan seterusnya baru kahwin dengan orang jauh, woha!"

Terus aku hilang mengantuk sebab dibebel bini sejauh dua marhalah, eh, ni dah jadi tip tak nak mengantuk waktu memandu, huhuhu...

Akhir kata:

Sebenarnya tak salah langsung korang nak berkahwin dengan orang jauh, tak berdosapun, dah jodoh korang dengan orang jauh, apa salahnya?, semua takdir Allah..

Bila korang penat memandu dan rasa letih bila perjalanan sangat jauh, aku ada rahsia untuk kongsi dengan korang akan bagaimana nak membuatkan perjalanan yang jauh ke rumah mertua rasa singkat.

Untuk pengetahuan korang, Aku sendiri pun kahwin dengan orang jauh, bila balik kampung bini (pahang), bertolak dari terengganu, tapi aku rasa sekejap sangat.

Sebab?

Kerana aku bercinta selepas kahwin, Betul sungguh bahawa cinta itu membuat jarak dan waktu menjadi singkat...

Bak kata Zamani Slam dalam lagu Jalan Keindahan:

"Adanya engkau disampingku, Hilanglah jarak dan waktu, Kekasih perjalanan ini, Terlalu mengasyikkan"

So, kepada sesiapa yang balik kampung bini yang jauh tapi korang terasa dekat, tahniah aku ucapkan.

Kagum dari jauh!

Woha!

Ps: Sambung nyanyi: "Teserlah kebenaran, kepadamu kasih, Sebenarnya jalan keindahan.."


PS2: Ada ada sahaja kisah laki bini, abaikan tip yang melampau dan tidak masuk akal. Selamat Berbulan madu dirumah mertua masing masing. Hati hati memandu, ingatkan mertua yang tersayang. Dan cintailah bini korang sampai hujung nyawa,  Adohai..


Tudung VS Fesyen

Pakai tudung tapi bertelanjang,
Itulah gaya orang sekarang ,
Mana tidaknya, ukuran body semua terang-terang,
Yang mana kendur yang mana tegang.

Lengan pendek blaus gantung,
Jeans ketat melekat dipunggung,
Jadi orang Islam ni sebenarnya beruntung,
Agama tak suruh berbungkus macam pocong.

Bertudung itu bukan satu paksaan,
Ianya lebih kepada keinsafan,
Selalunya nafsu masih dikuasai syaitan,
Itu la pasal fesyen pun yang bukan-bukan .

Menutup aurat satu syariat,
Kepada agama kita taat,
Hidup berkat pahala berlipat-lipat,
Didunia selamat, di akhirat hebat.

Harap maaflah kalau terlalu panjang,
Bukan sengaja mereka yang bukan-bukan,
Berpantun seloka bukan setakat hiburan,
Yang mana betul jadikan pedoman.

PISTOL DITEMUI DI STADIUM SHAH ALAM



PISTOL DITEMUI DI STADIUM SHAH ALAM

SHAH ALAM - Polis menemui sepucuk pistol bersama tujuh butir peluru hidup di salah satu tandas di Stadium Shah Alam ketika perlawanan akhir Piala Malaysia di antara Pahang dan Kelantan berlangsung semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Deputi Superitendan Ruslan Abdullah berkata, ketika dihubungi hari ini berkata pihaknya masih berusaha mengesan pemilik pistol berkenaan dan motif senjata itu dibawa ke stadium itu.

"Buat masa ini kita tidak boleh memberi sebarang ulasan berhubung perkara itu kerana ia masih dalam siasatan pihak polis," katanya.

Difahamkan pistol itu ditemui oleh seorang anggota polis yang kebetulan masuk menggunakan tandas itu.

Ruslan berkata ,polis juga menahan 86 individu semalam atas kesalahan membawa tiket palsu namun kesemua mereka sudah dibebaskan dengan jaminan polis.

"Polis turut menahan lima lagi individu atas pelbagai kesalahan seperti menyalakan suar, membakar mercun dan membaling botol.

"Tindakan seperti itu bukan saja membahayakan diri sendiri, malah membahayakan nyawa penonton lain, termasuk kanak-kanak yang ada dalam stadium," katanya.

Bagaimanapun, secara keseluruhannya perlawanan malam tadi berjalan dengan lancar tanpa kejadian tidak diingini berlaku, katanya.

Ruslan berkata, polis menempatkan seramai 110 pegawai dan 1,482 anggota di kawasan dalam dan luar stadium termasuk di tempat meletak kenderaan, laluan masuk dan keluar stadium.

Pahang muncul juara Piala Malaysia 2013 selepas menewaskan Kelantan 1-0 hasil jaringan pemain import, Matias Ruben Conti di hadapan kira-kira 75,000 penyokong kedua-dua pasukan. - Bernama


PAS MENANG HOHO



RASMI: PAS berjaya mengekalkan kerusi DUN Sungai Limau dengan majoriti kira-kira 1,084 undi - merosot 1,690 undi daripada majoriti pada PRU13 lalu.
Calon PAS, Mohd Azam Abd Samat memperolehi 12,069 undi menakala calon BN, Dr Ahmad Sohaimi Lazim mendapat 10,985 undi.Seramai 85.5 peratus (22,642 pemilih) daripada 27,222 pemilih dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) itu menunaikan tanggungjawapnya hari ini.
Mkini


Kenapa Kita Hidup

Kita hidup adalah tidak lain untuk berjuang dengan hidup itu sendiri. Yaitu untuk tetap bertahan hidup agar hidup kita menjadi berarti dan mempunyai tujuan hidup. Hidup itu karunia TUHAN jadi kita harus syukuri ngak usah mengeluh. Boleh sich mengeluh dengan keadaan hidup kita tapi hidup adalah kehidupan yang diberikan kepada kita agar kita mengenal dengan TUHAN. Dan tentu saja kehidupan itu adalah milikNYA. Jadi apa yang paling baik untuk menyikapi hidup ini?. Apakah kita akan berbuat dengan sekehendak kita karena kita hanya hidup sekali(kata sebagian orang), apakah kita harus mencari kehidupan yan lain atau…………..
Intinya kita harus menyikapi hidup kita dengan cara mengerti apa itu hidup. Karena dengan kita mengerti hidup kita jadi hidup, bersemangat untuk hidup, dan tentu saja hidup kita menjadi lebih hidup.

Doa awal dan akhir tahun Hijrah -awal muharram ( Salam Maal Hijrah 1435 )



Doa awal dan akhir tahun Hijrah -awal muharram ( Salam Maal Hijrah 1435 )

Kenangan semalam ditinggal pergi.
Kini melangkah ke depan kerana Ilahi.

Harus kuat lagi. Tuhan, izinkan.

Salam maal hijrah untuk semua sahabat, pembaca dan kawan-kawan .Yang lalu jadikan pedoman, hadapi hari depan dengan keazaman dan penambahbaikan. Semoga kita dipermudahkan. Insyaallah.

----------- -
Di bawah ini perkongsian artikel anem dapat dari sumber adaa-inspiration.com
 
MUHARAM adalah bulan pertama dalam Sistem Kalendar Islam (Hijriah). Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91).

Doa Akhir Tahun



Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah. Dengan izin Allah, sesiapa yang membaca doa ini akan mendapat Perlindungan Allah SWT dari fitnah dan tipu daya syaitan serta mendapat setahun keampunan dosa yang lalu.

Maksudnya: Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka. Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu. Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.


Doa Awal Tahun




Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam 1 Muharram 1435 . Barangsiapa membaca doa ini sebanyak 3 kali selepas solat rowatib ba'diyyah Maghrib pada malam tanggal 1 Muharram, Allah akan memerintahkan 2 malaikat untuk melindunginya daripada fitnah dan tipu daya syaitan selama setahun yang mendatang.

Maksudnya: Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka. Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia. Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.

[klik / tekan gambar untuk lebih jelas ]


Gambar doa pula Anem dapat dari laman web http://rezwati.blogspot.com



sumber gambar : 


Foto-foto Ini Akan Menghangatkan Hati Anda yang Beku



Foto-foto Ini Akan Menghangatkan Hati Anda yang Beku Jika Anda merasa sedang tak bahagia. Maka tengoklah keakraban dan keindahan persahabatan yang ditampilkan dua manusia dan seekor singa betina. 









Negara-Negara Yang Telah Lenyap Dari Muka Bumi



Negara-Negara Yang Telah Lenyap Dari Muka Bumi
Setelah adanya penggabungan / pemisahan dan juga penukaran nama , banyak negara yang ada diantaranya sangat dikenali umum, telah hilang atau lenyap dari peta dunia . Senarai yang di sertakan ni bukanlah yang lengkap dan muktamad tapi masih lagi tepat sebagai rujukan tentang negara yang telah tiada .

Abyssinia
Nama lama bagi Ethiopia sehingga awal abad ke 2

Austria – Hungary
Sebuah kerajaan monarki ( juga dikenali sebagai Empayar Austro-Hungarian ), yang ditubuhkan pada tahun 1867 yang merangkumi kawasan ( pada hari ini )Austria, Hungary, Poland, sebahagian Czech Republic, Itali, Romania dan beberapa negaraBalkan . Empayar ini telah runtuh pada hujung Perang Dunia Yang Pertama .

Basutoland
Bertukar menjadi Lesotho pada tahun 1966

Bengal
Sebuah kerajaan yang merdeka dari tahun 1338 sehingga 1539 . Sekarang ini merupakan sebahagian dari negara Bangladesh dan India .

Burma
Nama nya telah ditukar secara rasmi kepada Myanmar pada tahun 1989 namun banyak negara/individu yang tidak menyedari perubahan ini dan masih mengenalinya sebagai Burma .

Catalonia
Sebelumnya adalah sebuah negara autonomi di Sepanyol . Pernah mendapatkan kemerdekaan dari 1932 – 1939 sebelum kembali menjadi daerah di negara tersebut .

Ceylon
Menukar nama menjadi Sri Lanka pada tahun 1972

Champa
Terletak di bahagian tengah dan selatan Vietnam hari ini . Merupakan sebuah kerajaan dari abad ke 7 sehingga ia runtuh pada 1832.

Corsica
Pulau Mediterranean ini pernah diperintah oleh beberapa kuasa besar dan juga pernah beberapa kali mendapatkan kemerdekaannya . Pada hari ini , ia termasuk dalam negara Perancis .

Czechoslovakia
Berpecah secara aman pada tahun 1993 menjadi negara Slovakia danCzech Republic.

Jerman Timur & Jerman Barat
Bergabung pada tahun 1989 dan membentuk Kesatuan Jerman .

Pakistan Timur
Memisahkan diri dari Pakistan pada tahun 1972 dan membentuk Bangladesh.

Gran Colombia
Sebuah negara di Amerika Selatan dari 1819 sehingga 1930 yang pada hari ini membentuk Colombia, Panama, Venezuela dan Equador . Negara Gran Colombia berpecah apabila Venezuela dan Equador memutuskan untuk keluar dari penyatuan.

Hawaii
Walaupun mempunyai kerajaan selama beratus ratus tahun, Hawaii tidak pernah diiktiraf sebagai sebuah negara merdeka sehingga 1840. Setelah merasai kemerdekaan selama 58 tahun, akhirnya Hawaii menyertai United States Of America pada 1898.

New Granada
Merupakan sebahagian dari Gran Colombia dari 1819-1830, negara ini mendapatkan kemerdekaan pada tahun1830 sehingga 1858. Kemudian negara ini dikenali sebagai nama Grenadine Confederation (1858), United States Of New Granada (1861), United States Of Colombia (1863) dan akhirnya Republic Of Colombia (1886-sehingga sekarang)

Yaman Utara & Yaman Selatan
Yaman berpecah pada tahun 1967 dan membentuk 2 negara iaitu Yaman Utara ( Dikenali Sebagai Republik Arab Yaman ) dan Yaman Selatan ( Dikenali sebagai Republik Demokratik Rakyat Yaman ) sebelum kembali bersatu pada 1990 dan kembali menjadi Yaman.

Empayar Uthmaniyyah
Juga dikenali sebagai Empayar Turki, bermula dari tahun 1300 merangkumi kawasan selatan Russia, Turki, Hungary, Sebahagian Negara Balkan, Afrika Utaradan juga Timur Tengah . Empayar ini runtuh pada 1932.


Persia
Empayar Persia mengunjur dari Laut Mediterranean sehingga ke benua kecil India . Persia Moden telah ditubuhkan pada abad ke 16 dan semakin mengecil sehingga dikenali sebagai Iran pada hari ini .

Prussia
Menjadi koloni Belanda pada tahun 1660, dan bertukar menjadi kerajaan pada kurun selepasnya. Pada zaman kegemilangannya, ia merangkumi 2/3 negara Jerman dan wilayah barat Poland . Menjadi wilayah Jerman pada Perang Dunia Ke 2 dan terus dimansuhkan selepas itu .

Rhodesia
Bertukar nama pada tahun 1980 menjadi Zimbabwe .

Siam
Menjadi Thailand pada tahun 1939.

Sikkim
Sekarang ini merupakan daerah utara India . Sikkim merupakan sebuah kerajaan merdeka sejak dari kurun ke 17 sehingga 1975.

Vietnam Selatan
Wujud sekitar 1954 – 1976 sebagai wilayah anti komunis . Menyertai semula Vietnam selepas itu .

Southwest Afrika
Memperolehi kemerdekan pada tahun 1990 dan menukar nama menjadi Namibia.

Taiwan
Walaupun Taiwan masih wujud sehingga ke hari ini , ia masih dalam tuntutan negara China dan banyak negara masih belum mengiktiraf Taiwan sebagai negara merdeka . Taiwan adalah ibunegara yang pernah mewakili China ke Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu sehingga 1971.

Tanganyika dan Zanziba
2 buah negara ini bergabung pada tahun 1964 dan membentuk Tanzania.

Texas
Republic Of Texas mendapat kemerdekaannya dari Mexico pada 1836 dan kekal sebagai sebuah negara selama 9 tahun sebelum menyertai United States pada tahun 1845.

Tibet
Tibet merupakan sebuah kerajaan sejak dari abad ke 7 sebelum dijajah oleh China pada tahun 1950. Kini ia merupakan sebuah wilayah autonomi China yang dikenali sebagai Xi Zang

Transjordan
Menjadi Kerajaan Jordan pada tahun 1946

USSR
Kesatuan Soviet telah berpecah kepada 15 negara pada 1991 iaitu Armenia, Azerbaijan, Belarus, Estonia, Georgia, Kazakhstan, Kyrgyzstan, Latvia, Lithuania, Moldovia, Russia, Tajikistan, Turkmenistan, Ukraine dan Uzbekistan.

Urjanchai Republic
Terletak di Selatan Tengah Russia, menjadi negara hanya selama 2 tahun iaitu dari 1912-1914, sebelum kembali menjadi wilayah dalam Russia .

Vermont
Pada 1777, Vermont mengisytiharkan kemerdekaan dan kekal sebagai sebuah negara sehingga 1791. Menjadi negara pertama yang menyertai United States selepas penyatuan 13 koloni awal.

West Florida
Menjadi Republik dengan dianggotai Sebahagian Florida, Mississippi dan Lousiana pada 1810 , namun kemerdekaan mereka hanya bertahan selama 90 hari.

Western Samoa
Menjadi Samoa pada 1998.

Yugoslavia
Berpecah akibat dari perang etnik pada 1990 dan membentuk negara negara Bosnia, Croatia, Macedonia, Serbia & Montenegro dan Slovenia.

Zaire
Menukar nama menjadi Democratic Republic Of Congo pada tahun 1997.


Pakej Perkahwinan 2014


Menawarkan pakej photography dengan harga yang rendah untuk:
Portrait, Family Portrait, Product, Convocation, Pre/Post Wedding Photoshoot, Perkahwinan, Pertunangan, Aqiqah, Corporate Event, Press Conference, Golf tournament, Corporate functions, Public Event, Sports Event, Fashion Show, Annual dinner, Birthday party, dan lain-lain


Jika berminat, terus hubungi untuk pertanyaan atau booking.
 

Contact:
Aurorafotografi
Mobile: 0173686349
Email: aurorafotografi@hotmail.com

Website: http://aurorafotografi.blogspot.com/
Facebook: www.facebook.com/aurorafotografi

Gambar Anak Diana Danielle Dengan Farid Kamil Tersebar!




Gambar Anak Diana Danielle Dengan Farid Kamil Tersebar!
Bukan lah, ini gambar Diana Danielle mase kecik rupenye. Tapi agak2 ginilah rupe anak die nanti agaknye. Hehehe...







5 Minuman Yang Membantu Mengurangkan Berat Badan!



5 Minuman Yang Membantu Mengurangkan Berat Badan!
Ramai yang tidak tahu, rahsia untuk menurunkan berat badan bukan hanya bergantung terhadap apa yang kita makan, ia juga turut dipengaruhi oleh apa yang kita minum. Minuman ringan, jus buah-buahan, dan minuman tenaga yang dicampurkan dengan kandungan gula dan karbohidrat akan menghalang terhadap penurunan berat badan anda. Ini adalah 5 minuman terbaik yang dapat membantu mengurangkan berat badan.

1- Air masak

Pasti ramai yang sudah tahu air masak adalah pilihan terbaik untuk menurunkan berat badan secara berkesan. Jadikan air masak sebagai minuman utama dan sekiranya anda berasa bosan untuk meminum air masak, anda juga boleh mempelbagaikannya dengan menambah hirisan lemon segar, limau nipis, dan juga hirisan tomato untuk menambah sedikit rasa di dalam air tersebut tanpa menambahkan nilai kalori dengan banyak.

2- Jus sayur-sayuran


Jus sayur-sayuran adalah cara terbaik untuk mendapatkan serat dan nutrisi tubuh yang diperlukan sebagai bahan bakar untuk mengurangkan berat badan. Jika anda dapat mencari kandungan sayuran yang bernatrium rendah, ianya adalah lebih baik. Jus sayur sayuran juga mampu membuatkan rasa kenyang tahan lebih lama.

3-Teh yang tidak terlalu manis


Teh hijau telah terbukti untuk membantu meningkatkan metabolisme dan mempercepatkan penurunan berat badan. Masukkan hanya sedikit sahaja kandungan gula kedalamnya dan cuba amalkan. Selain daripada itu, teh juga mengandungi ejen antioksida yang dapat membantu membersihkan tubuh anda daripada racun.

4-Kopi


Secawan kopi pada waktu pagi dapat membantu menahan daripada rasa lapar. Kesan ini adalah hasil daripada kandungan kafein yang ada didalam kopi. Selain itu, kopi juga mampu untuk merangsang thermogenesis, yang berfungsi untuk memanaskan tubuh dan meningkatkan kadar metabolisme. Tetapi perlu berhati-hati, pastikan kandungan gula atau susu yang dicampurkan adalah dalam jumlah yang sedikit untuk mendapat kesan yang terbaik.

5-Susu rendah lemak

Susu merupakan sumber protein yang sangat baik. Selain daripada itu ia juga mengandungi vitamin D dan kalsium yang dapat membantu untuk membina otot dan menjadikan tulang lebih kuat. Tetapi pastikan susu yang anda pilih adalah susu rendah lemak. Sekiranya anda menggunakan susu biasa, hasilnya pasti akan mengecewakan anda.

Untuk yang telah gagal dalam berdiet, mungkin cara ini sedikit sebanyak dapat membantu anda untuk mendapatkan berat badan impian anda.


Shah Iskandar Sedia Temui Zain Saidin Isu Rebut Rozita Che Wan




Shah Iskandar Sedia Temui Zain Saidin Isu Rebut Rozita Che Wan
PETALING JAYA: Pelakon kelahiran Singapura, Shah Iskandar bersedia untuk bersemuka dengan aktor Zain Saidin bagi meleraikan salah faham berhubung isu "rebut" pelakon Rozita Che Wan.

Shah atau nama sebenarnya Shah Iskandar Mahfuz, 30, bagaimanapun berkata, Zain ada hak untuk merasai perasaan kurang senang terhadap dia dan Rozita kerana mereka berdua sedang bergandingan dalam beberapa drama terbitan Zeel Production sejak dua bulan lalu.

"Dia (Zain) ada hak untuk berasa kurang senang atau salah sangka dengan kemesraan saya bersama Che Ta (Rozita), walaupun saya tidak tahu status sebenar hubungan mereka, sama ada masih bersama atau sudah tiada apa-apa.

"Saya tidak salahkan Zain pun malah, saya bersedia dan terbuka untuk bersemuka jika dia mahu mendapatkan penjelasan berhubung gosip ini.

"Hakikatnya, hubungan saya dengan Che Ta pada masa ini hanya atas nama kerja dan profesional. Tiada apa-apa yang serius antara kami," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini pada Khamis.

Shah berkata demikian sebagai respons kepada desas-desus terbaharu yang mendakwa dia mempunyai hubungan istimewa dengan Rozita sejak terlibat dalam penggambaran drama Kiah Pekasam dua bulan lalu sehingga menimbulkan perasaan cemburu kepada Zain.
Selain drama bersiri itu, ketiga-tiga mereka digandingkan bersama beberapa minggu lalu dalam telefilem Anak Ikan arahan Rashid Sibir untuk siaran Astro di sebuah hotel terkemuka di Port Dickson, Negeri Sembilan.

Zain dilaporkan telah mengirimkan puluhan bunga ros dan patung beruang ke bilik penginapan Rozita di hotel berkenaan bagi memujuk hati wanita itu yang dikatakan sedang merajuk.

Dalam pada itu Shah tidak menolak jika ditakdirkan hubungannya menjadi lebih rapat dengan Rozita pada masa akan datang kerana dia menyenangi sikap wanita berusia 39 tahun itu.

"Setakat ini belum ada apa-apa yang serius antara saya dan Che Ta. Kami memang rapat dan tidak dinafikan banyak mata melihat kami bergurau serta berbual ketika di lokasi.

"Namun seperti dinyatakan tadi, ia hanya berlandaskan hubungan profesional. Saya tidak tahu pula pada masa akan datang hubungan kami menjadi lebih intim?

"Apa-apa pun selepas ini saya perlu lebih relaks dan berpada-pada dalam tindak-tanduk yang akan mengundang perasaan kurang senang kepada segelintir pihak," jelasnya yang sedang menjalani penggambaran drama bersiri Kiah Spy di Perlis.
Sementara itu, Zain yang dihubungi enggan mengulas mengenai dakwaan kononnya dia terasa hati dengan kemesraan dua pelakon itu sehingga bertindak membelikan puluhan kuntum bunga ros bagi memujuk hati Rozita.

"Saya tidak mahu komen mengenai gosip itu. Sejak nama saya dikaitkan dengan Che Ta, macam-macam cerita timbul dan akhirnya saya juga yang terkena kesannya.

"Saya sudah penat bercerita dan menjawab perkara-perkara begini," luahnya.

Ditanya mengenai kemesraan Shah dan Rozita, Zain berkata, pada pengamatannya mereka hanya rapat sebagai rakan artis di tempat kerja.

"Kebetulan mereka berlakon bersama untuk tempoh yang lama. Mungkin sebab itu mereka menjadi rapat dan ia adalah perkara normal.

"Saya tiada masalah mengenai gosip itu dan tidak fikir mereka mempunyai hubungan yang serius," kongsinya yang terlibat dalam penggambaran drama bersiri Evolusi Kl Drift The Series.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...