Komputer Yang Perlahan Banyak
Dipengaruhi Oleh Sesuatu Program Dan Juga Kemampuan Komputer. Ketahui
Apakah Punca Komputer Kita Menjadi Terlalu Perlahan. (Menarik!)
Semakin
hari semakin perlahan sehingga menunggu masa yang lama untuk
membuka/menjalankan sesuatu program. Paling dahsyat, komputer akhirnya
terus tidak berfungsi. Semua program ‘mati’ dan hang.
Kenapa komputer anda perlahan?
Mengikut pengalaman saya, rakan-rakan dan pembacaan, terdapat banyak punca yang menyumbang ke arah tersebut, antaranya:
1. Membuka program yang menggunakan memori yang tinggi
Ada sesetengah program menggunakan memori yang tinggi. Cara mudah untuk mengetahuinya adalah dengan menggunakana Task Manager. Klik kanan pada toolbar di bawah kemudian pilih Task Manager. Pada Task Manager, klik pada Processes. Boleh juga tekan CTRL + ALT + DEL untuk membuka Task Manager. Ia akan menyenaraikan semua program/aplikasi Windows sedang jalankan.
Lihat pada Mem Usage iaitu
jumlah memori yang digunakan untuk program tersebut. Jika anda
perhatikan jumlah memori yang digunakan dalam K (kilobytes). Lebih
tinggi jumlahnya lebih tinggi memori digunakan.
Kemudian klik pada Performance dan lihat graf CPU Usage History.
Peratusan melebihi 80% selalunya menyebabkan komputer menjadi perlahan.
Ini disebabkan oleh semua program yang dijalankan tidak mampu ditampung
sepenuhnya oleh RAM dan CPU komputer. Jika 100%, bermakna komputer anda
sudah kaku atau hang.
Contoh program yang menggunakan memori yang tinggi adalah 3D Games, Antivirus dan Internet Browser.
2. Program yang berjalan di sebalik tabir (background program)
Program sebegini tidak dapat
dilihat oleh mata kasar kerana komputer menjalankannya secara aotomatik.
Semua program yang berada di toolbar komputer adalah background program.
Contoh background program adalah Antivirus, Bluetooth, Audio and Video setting, Wireless dan LAN internet.
3. Ruang hard disk yang terhad
Salah satu punca utama yang kerap
berlaku adalah kekurangan ruang pada hard disk. Ini disebabkan oleh
terlalu banyak program dipasang (install)
tetapi saiz ruang yang terhad. Windows akan mengeluarkan amaran
mengenai komputer yang perlahan akibat kekurangan ruang. Jadi, kita akan
mengetahui dan perlu melakukan tindakan segera.
4. Virus, trojan, spyware dan anasir jahat.
Virus dan anasir jahat pada
komputer memang tidak dapat dielakkan. Setinggi mana sekali pun
teknologi, ia tetap boleh ditembusi. Komputer akan perlahan, fail akan
rosak dan program tidak berfungsi dengan sempurna adalah tanda-tanda
komputer anda perlukan bantuan segera.
5. Memori (RAM) yang rendah
RAM antara komponen (hardware)
penting dalam komputer. Jika program yang hendak digunakan adalah
tinggi pengggunaan RAM-nya, maka memori (RAM) juga perlu setanding. Jika
anda penggemar tegar permainan komputer, RAM tinggi adalah keperluan
wajib pada komputer.
Melayukini.net –
Komputer yang perlahan banyak dipengaruhi oleh sesuatu program dan juga
kemampuan komputer. Kita sudah mengetahui kemungkinan utama terjadinya
masalah ini.