Soalan: SAYA suri rumah berumur 31 tahun dan mempunyai seorang anak. Baru-baru ini saya terbaca dalam sebuah akhbar, berkaitan gejala onani di kalangan wanita, benarkah wanita yang beronani akan cepat obes?
Jawapan:Terima kasih. Soalan yang diutarakan oleh Puan amat menarik
sekali. Sangkaan Puan berkaitan onani menyebabkan cepat obes adalah
tidak tepat. Onani atau juga dikenali sebagai masturbasi (melancap),
adalah rangsangan seksual yang sengaja dilakukan pada organ kelamin
untuk memperoleh kenikmatan dan kepuasan seksual. Rangsangan ini dapat
dilakukan tanpa alat bantu ataupun menggunakan sesuatu objek atau alat,
atau kombinasinya. Cara-caranya adalah dengan menyentuh, menggosok dan
meraba bahagian tubuh sendiri yang peka sehingga menimbulkan rasa
menyenangkan untuk mendapat kepuasan seksual (orgasma) baik tanpa
menggunakan alat mahupun menggunakan alat.
Onani di kalangan wanita amat jarang diperbincangkan. Adalah menjadi satu ‘tabu’ untuk membincangkan aktiviti ini yang juga wujud di kalangan wanita. Begitu juga, wanita yang tidak mampu menahan desakan batin maka ‘tidak mengapa’ mereka beronani dengan mengunakan tangan atau apa alatan yang tidak merbahaya asalkan dibuat setelah terdesak bukan dengan sengaja atau berniat mencari keseronokan. Agama Islam juga mengharamkan seseorang wanita berkhayal kotor dan menonton filem porno. Sesungguhnya kelonggaran dibolehkan onani ini hanya apabila ia terdesak dan demi mencegah zina. Secara kesimpulan, dibolehkan barang siapa yang terdesak dan perlu menurunkan tekanan syahwatnya untuk beronani dan ini dibuat dengan turut berusaha mempertingkatkan usahanya untuk membolehkannya bernikah demi mencapai perintah Allah.
Onani tidak akan menyebabkan tumbesaran terjejas dari segi ketinggian
atau fizikal. Ini adalah salah anggap atau mitos-mitos yang tidak tepat
yang sering dikaitkan dengan onani. Dari segi pandangan perubatan moden,
onani adalah selamat dan tidak membahayakan. Seseorang sepatutnya tidak
perlu merasa bersalah atau tertekan selepas onani. Onani boleh memberi kelegaan
kepada ketegangan seks (sexual tension). Ia adalah cara paling selamat
kerana tidak membawa risiko mengandung atau jangkitan penyakit transmisi
seks seperti HIV. Ia juga adalah suatu cara seseorang wanita mendapat kenikmatan seksual
jika tidak dapat melakukan hubungan seks, dapat meningkatkan aliran
darah ke bahagian kemaluan dan seterusnya meningkatkan fungsi serta
kesihatan seksual, memberi peluang kepada seseorang mengenali dan
memahami fokus erotik pada badan sendiri dan juga boleh membantu wanita
mencapai orgasma.
Sumber: http://www.utusan.com.my/
