(Tip bagaimana membuatkan memandu jauh ke rumah mertua rasa sekejap, caya jangan tak cayer!)
Lepas Raya, ramai kenalan yang mengadu jalam sesak ketika balik kampung, perjalanan dari perlis ke terengganu yang biasanya 7 jam katanya, dah cecah 10 jam. Selain masalah penat memandu dan kemalangan nyawa yang berlaku kerana rumah mertua sangat jauh. Bagaimana nak atasi masalah ini? Turunkan harga kereta? Naik taraf pengangkutan awam? Tukar kerajaan? Atau yang lebih realistik:
"Jangan kahwin dengan orang jauh"
Ya, Nasihat ini aku tujukan kepada orang yang belum berkahwin, tidak payahlah cari pasangan jauh-jauh, selain masalah balik beraya, masalah nak bagi komitment pada orang tua pun payah, katakan anda kena balik kampung dua minggu sekali, jarak pula dari perlis sampailah ke sabah, atau dari Perlis ke Mersing, tidak kah letih?, tidak kah mujahadah?, tak kah merbahaya?
Jadi kepada semua orang bujang, Jangan tuduh aku tak pernah pesan, yang belum berkahwin, fikir fikirkan lah masalah ini.
Jadi kepada semua orang bujang, Jangan tuduh aku tak pernah pesan, yang belum berkahwin, fikir fikirkan lah masalah ini.
Aku tahu masa bercinta semuanya indah..
"Adanya engkau di sisiku, hilanglah jarak dan waktu. "
Wah, wah wah! Asyiknya bercinta, sampai lupa segala-galanya..
Bila bersama yang tersayang, lamapun rasa sekejap. Jauhpun rasa dekat. Busuk kentut pun tiba tiba menjadi wangi. Jenis yang tidur ketika matahari terbit sudah pandai merenung fajar sidik. Malas menjadi rajin, rajin menjadi selera, selera menjadi gemuk, dan gemuk menjadi diri sendiri.
Bila berjauh terseksa merindu, sesaat bagai setahun kononnya. Wah wah wah, meriahnya bercinta..
Semua lirik lagu cinta di hafal tanpa rehal.Tiba tiba Shahrukh khan menjadi mentor, Irama bolywood menjadi soundtrack. sudah minat colour pink, dan Teddy Bear. Sudah tahu maksud tersirat di sebalik warna bunga kononnya. Sudah pandai mengaplikasikan sabun dan bedak.
Waktu bercinta korang minum dalam mangkuk yang sama, jumpa tidak bercakap apa-apapun tak ape, tak boring., enjoy the silence! Kalau tak jumpa, dapat tengok bumbung rumah pun jadi.Secara tiba-tiba perbelanjaan demi cinta menjadi murni dan mulia. Novel cinta tebal menjadi bantal. Masa depan seolah olah cerah membara lantas sama sama berazam mahu sehidup semati, sebantal sekapan, mahu sama-sama minum air hujan, Sama-sama baham tanah. Itu prinsip korang bersama..
Segala jenis pakaiannya menjadi perhatian korang, Pandangan sisi, depan dan atas (dan dalam) menjadi perpekstif yang mengujakan lalu Mengukir nama dikayu kayu dan memahat dibatu batu,.
Tapi bila sudah kahwin, waktu memandu, mata pula semakin mengantuk, hari raya pertama di rumah mertua, mahu balik baraya di rumah sendiri petang itu juga kena tempuh perjalanan 10 jam, masa dan duit akan habis di jalanan, sedang peluang untuk kemalangan semakin tinggi. Salah pasangan makin menjadi menjadi-jadi (masukkan segala yang negatif selepas kahwin di sini)
Maka sebelum semua ini berlaku, kahwinlah dengan orang yang dekat, tak adalah dekat sangat, kalau jauh pun setakat 2 ke 3 jam sudah sampai, tak letih sangat, boleh solat jamak dan jimat masa boleh pulak buat jimak. He he
Aku nasihat sahaja tapi jodoh tetap Allah yang tentukan, juga berpesan kepada anak-anak aku, jangan cari menantu ayah orang jauh-jauh, kalau anda cari besan dengan orang pendalaman borneo misalnya, tidak kah kasihan kepada ayah dan bonda kelak bila terpaksa naik kapal terbang tiket sehala pergi ke sabah, selepas menapak jauh ke pedalaman borneo, kemudian naik bot menyusuri sungai dalam hutan, merentas desa di kaki gunung kinabalu, dalam jauh perjalanan, sempat pula berkenalan dengan orang utan dan sempat juga memetik bunga reflesia yang dipagari periuk kera, baru sampai ke rumah besan.., lepas tu terpaksa guna bahasa isyarat sebab ayah tak pandai loghat tempatan!, lepas tu.. lepas tu ! oh! Tak sanggup ayah nak gambarkan pengalaman disakat orang utan dan di sumpit oleh tok batin kerana buat lawak mayat disana..oh!
Maka kahwinlah dengan orang dekat, paling jauhpun 2 marhalah, demi kebahagian di hari mendatang.Tapi jika sudah jodoh kamu dengan orang jauh, orang afrika, ayah redhakan sahajalah.
"Tapi kan bang, bukakah Nabi ada pesan suruh kahwin dengan orang jauh?"
Tanya bini dalam kereta, lalu jawab aku yang sedang memandu:
"Untuk bini pertama, elok kahwin orang dekat, bini kedua dan seterusnya baru kahwin dengan orang jauh, woha!"
Terus aku hilang mengantuk sebab dibebel bini sejauh dua marhalah, eh, ni dah jadi tip tak nak mengantuk waktu memandu, huhuhu...
Akhir kata:
Sebenarnya tak salah langsung korang nak berkahwin dengan orang jauh, tak berdosapun, dah jodoh korang dengan orang jauh, apa salahnya?, semua takdir Allah..
Bila korang penat memandu dan rasa letih bila perjalanan sangat jauh, aku ada rahsia untuk kongsi dengan korang akan bagaimana nak membuatkan perjalanan yang jauh ke rumah mertua rasa singkat.
Untuk pengetahuan korang, Aku sendiri pun kahwin dengan orang jauh, bila balik kampung bini (pahang), bertolak dari terengganu, tapi aku rasa sekejap sangat.
Sebab?
Kerana aku bercinta selepas kahwin, Betul sungguh bahawa cinta itu membuat jarak dan waktu menjadi singkat...
Bak kata Zamani Slam dalam lagu Jalan Keindahan:
"Adanya engkau disampingku, Hilanglah jarak dan waktu, Kekasih perjalanan ini, Terlalu mengasyikkan"
Bak kata Zamani Slam dalam lagu Jalan Keindahan:
"Adanya engkau disampingku, Hilanglah jarak dan waktu, Kekasih perjalanan ini, Terlalu mengasyikkan"
So, kepada sesiapa yang balik kampung bini yang jauh tapi korang terasa dekat, tahniah aku ucapkan.
Kagum dari jauh!
Kagum dari jauh!
Woha!
Ps: Sambung nyanyi: "Teserlah kebenaran, kepadamu kasih, Sebenarnya jalan keindahan.."
PS2: Ada ada sahaja kisah laki bini, abaikan tip yang melampau dan tidak masuk akal. Selamat Berbulan madu dirumah mertua masing masing. Hati hati memandu, ingatkan mertua yang tersayang. Dan cintailah bini korang sampai hujung nyawa, Adohai..