Sesak nafas? apa yang anda perlu tahu..



  • Sesak nafas adalah keadaan di mana seseorang itu mengalami kesukaran bernafas atau semput dan biasanya keadaan ini lebih ketara semasa melakukan aktiviti fizikal.
  • Sesak nafas boleh berlaku secara akut dan kronik :
    • Sesak nafas akut adalah gejala datang secara tiba-tiba dan h ila ng dalam jangkamasa beberapa hari setelah rawatan .
    • Sesak nafas kronik adalah keadaan di mana sesak nafas berlaku secara berterusan dalam jangkawaktu yang lama.
  • Sesak nafas adalah gejala yang perlu diberi perhatian kerana ia mungkin memberi petanda seseorang itu mengalami penyakit sistem pernafasan atau sistem kardiovaskular.
  • Penyakit sistem pernafasan yang biasa berlaku sesak nafas adalah asma, jangk ita n paru-paru akut (pneumonia), jangk ita n paru-paru kronik seperti tibi, paru-paru berair (pulmonary oedema),  penyakit obstruktif saluran pernafasan kronik (Chronic Obstructive Airways Disease) dan kanser paru-paru.
  • Penyakit kardiovaskular yang boleh menyebabkan sesak nafas adalah kegagalan jantung, serangan jantung dan kelainan denyutan jantung (cardiac arrhythmias).
  • Keadaan lain yang boleh menyebabkan seseorang mengalami masalah sesak nafas adalah kekurangan darah merah (anaemia), alahan , resdung, kegelisahan (Anxiety  Disorders) dan kegemukan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...