Gejala / Tanda Sesak Nafas
- Jika anda mengalami sesak nafas secara tiba-tiba disertai sakit atau ketat dada, kemungkinan anda mengalami serangan jantung, pneumothorax (udara
berada antara paru-paru dan dinding dada) atau pulmonary embolism
(darah beku dari bahagian kaki telah bergerak ke paru-paru ) .
- Jika anda mengalami sesak nafas mengikut episod disertai oleh bunyi seperti wisel (wheezing) atau batuk, anda mungkin menghidapi serangan asma atau jangk ita n yang menyebabkan saluran pernafasan menjadi sempit.
- Jika
anda mengalami sesak nafas yang berterusan dan semakin teruk disertai
dengan sejarah pendedahan kepada asap rokok, habuk dan semburan bahan
kimia anda mungkin menghidapi penyakit saluran pernafasan obstruktif
kronik (COPD).
- Jika
anda pernah bekerja di tempat yang mendedahkan anda kepada asbestos,
habuk kayu, semburan bahan kimia, anda mungkin menghidapi penyakit
paru-paru berka ita n pekerjaan (Occupational Lung Diseases).
- Jika kaki anda bengkak dan mengalami sesak nafas semasa baring mendatar, anda mungkin mengalami kegagalan jantung (heart failure).
- Jika
anda cepat berasa letih, kelihatan pucat dan sesak nafas terutamanya b
ila melakukan aktiviti fizikal, anda mungkin mengalami anaemia.
- Jika
anda bernafas dengan cepat disertai dengan rasa pening atau berasa
kebas pada tangan atau sek ita r mulut, anda mungkin mengalami hypervent ila tion (bernafas keterlaluan biasanya disebabkan oleh aktiviti fizikal yang berlebihan dan tekanan emosi).
- Jika
anda sesak nafas disertai demam, batuk atau batuk darah dan keh ila
ngan berat badan,anda mungkin menghidapi jangk ita n seperti tibi atau
kanser paru-paru atau pulmonary embolism.
- Jika anda demam, disertai hingus berair dan batuk berkahak anda mungkin mengalami jangk ita n saluran pernafasan (bronchitis) atau jangk ita n paru-paru (pneumonia).